LATAR BELAKANG
Sekolah Kebangsaan Sikamat merupakan kategori sekolah luar bandar Gred B. Sekolah ini terletak kira-kira tujuh kilometer dari bandar Seremban. Sekolah ini terletak di tengah taman perumahan dan ianya sesuai bagi menampung persekolahan anak-anak penduduk di sini.
Taman perumahan yang berdekatan adalah Taman Desa Rhu, Taman Jujur, Taman Pelangi, Taman Acasia, Taman Seri Inai, Taman Sikamat Utara, Taman Seri Penaga, Taman Seri Pinang, Taman Desa Tiara, Taman Desa Permai, Taman Sri Pulai, College Height dan beberapa penempatan lain seperti Kampung Sikamat Baru serta Kampung Hujung Pasir. Sekolah ini berdekatan dengan Sekolah Menengah Dato’ Ahmad Redza , Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Ampuan Durah, Sekolah Menengah Sains Seremban serta Institut Perguruan Raja Melewar.
Murid-murid di sekolah ini terdiri daripada berbagai jenis bangsa seperti Melayu,
SEJARAH
Sekolah ini siap dibina pada tahun 2001. Oleh sebab beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan, sekolah ini hanya boleh diduduki pada persekolahan penggal kedua iaitu pada bulan Jun 2001. Pada penggal pertama persekolahan, murid-murid sekolah ini menumpang di Sekolah Kebangsaan Seri Kelana. Keramaian murid-murid pada ketika itu ialah 280 orang sahaja manakala tenaga pengajarnya pula terdiri dari 19 orang guru. Dua sesi persekolahan terpaksa dibuat pada ketika itu kerana ketiadaan bilik darjah bagi menampung jumlah murid yang ada. Bagi Tahap 1 pada sesi petang manakala Tahap 2 pada waktu pagi.
Pada 6 Jun 2001, setelah mendapat kelulusan dari Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan Darul Khusus, secara rasminya Sekolah Kebangsaan Sikamat mula beroperasi. Bilangan murid telah bertambah begitu juga dengan bilangan tenaga pengajarnya. Murid-murid sekolah telah bertambah dari masa ke semasa dan setakat penghujung tahun 2001 jumlah murid seramai 535 orang dan guru pula seramai 28 orang. Infrastruktur bangunan terdiri dari 4 blok yang bersambung antara satu sama lain dengan memuatkan 30 buah bilik darjah dan bilik-bilik khas.
SENARAI GURU BESAR YANG PERNAH BERKHIDMAT
DI SEKOLAH KEBANGSAAN SIKAMAT:
NAMA GURU BESAR | TAHUN PERKHIDMATAN |
Tn. Hj. Bakri bin Harun | 1 Januari 2001 hingga 1 Jun 2002 |
Tn. Hj. Shaari bin Ismail | 2 Jun 2002 hingga 15 April 2004 |
En. Mohamed Aris bin Abu | 16 April 2004 hingga 10 Julai 2007 |
En. Mohd Don bin Hj. Samian | 10 Sept 2007 hingga 15 Jan 2009 |
Tn.Hj Kamarudin bin Abu Hassan | 19 Jan 2009 hingga sekarang |
Kerja2 construction tgh buat. Kontraktor interior desinger diperlukan
ReplyDeleteAssalamu'alaikum. saya dari Sekolah Menengah Pertama Bustanul Muta'allimin Blitar Jawa Timur Indonesia.Saya membutuhkan surat keterangan untuk murid yang berasal dari Sekolah Sikamat Malaysia. ia beranama Muhammad Fariduwan bin Purnomo, murid mulai tahun 2004 samapi 2007.Mohon dicantumkan alamat lengkap yang jelas, agar kami bisa menghubungi dengan surat resmi melalui pos.Kirimkan alamat lengkap ke ( Chl.yan@yahoo.com ) terimakasih.
ReplyDeleteAssalammualaikum,salam sejahtera dan salaam 1 Malaysia kepada Ibu bapa dan Penjaga di sini saya ingin berkongsi maklumat bahawa terdapat kewujudan kelas tambahan tahun 4, 5, 6 secara percuma. anda boleh lawati
ReplyDeleteHttp://anakangkatkolejteknologialpha.blogspot.com
yang ikhlas membantu
Waalaikumsalam
ReplyDelete